sekadar sebuah perkongsian .......



Posted By : ChaeryL




SEREMBAN - Hari Bapa yang disambut semalam sepatutnya menjadi hari paling bermakna untuk mereka yang bergelar bapa.

Bagaimanapun, bagi seorang mekanik semalam adalah sejarah hitam dalam hidupnya apabila isteri sendiri ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson dekat sini.

Lebih memalukan ketika ditahan pada pukul 4.25 pagi oleh sepasukan Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), wanita itu hanya memakai tuala manakala pasangannya berpakaian lengkap.

Kegiatan tidak bermoral pasangan berkenaan terbongkar selepas suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan terus melaporkan perkara tersebut kepada JHEAINS.

Menurut suami wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai, Zul, 26, mereka sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak berusia empat dan tiga tahun.

sumber: Kosmo

blog ni dah update..!!

by teuku@ceh | 9:22 AM in | comments (2)

Posted By : ChaeryL

waahh....rekod.....dah hampir 3 bulan aku x usik langsung blog ni...ingatkan hari tu just nak tangguh sebulan lebih je..tak pasal2 terus jadi malas nak update....ni semua sebab facebook.....!!!!..hemmhh.....tapi elok plak ye....ingatkan dah non aktif dah akaun blog aku nih.....walaubagaimanapun, aku masih kurang mood untuk menulis....sebab nape? sebabnye tesis aku pon tak siap lagi...ade hati nak menulis kat tempat lain....bak kate pepatah, kerja siapkan satu2....kalau asyik dok bertangguh2, nanti yang di gendong berciciran, yang dikejar tak dapat....haha.....ok la.....aku nak stopkan penulisan aku sekarang , so......janji aku dah update ...kan...kan.....bye...assalamualaikum.....

Posted By : ChaeryL


Blog Ini akan tergendala untuk sebulan lebih atas sebab-sebab tertentu..harap maklum...

Posted By : ChaeryL

Sebenarnya untuk Entry kali ni aku ingin berkongsi cerita tentang penamaan calon di bagan pinang tempoh hari...akan tetapi disebabkan semalam aku upload gambar sampai satu jam tapi tak setel-setel...aku jadi hilang mood..

So malam ni pon aku masih takde mood untuk menceritakan detik-detik aku sepanjang mengikuti proses dan perjalanan penamaan calon pilihanraya kecil kawasan bagan pinang..maybe esok malam kot aku wat entry tentang penamaan calon ni..tapi macam dah basi lak ye...dah tak fresh la..emm tengok la macam mane...

Dan pada malam yang berbahagia ini, sekali lagi aku ingin menyatakan bahawasanya esok merupakan hari terakhir aku berada di Malaysia yang fana' ini...mengapa aku mengatakan Fana'??? Entahlah...bermacam-macam dugaan dan ujian sepanjang aku bercuti hampir 3 bulan disini...

Semoga space baru untuk aku kali ini dapat "merefresh" kan semula diri aku ini....teman-teman seperjuangan...doakan penghijrahan aku kali ini dapat menyumbangkan sedikit usaha dalam menghasilkan kejayaan kepada Islam suatu masa nanti...amin...



Posted By : ChaeryL


Sejak akhir-akhir ini semakin ramai dilihat melakukan aksi yang agak membahayakan ketika bergambar...namun jika diperhatikan kebanyakan dari aksi tersebut sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh segelintir makhluk berbulu lebat yang kebiasaannya terdapat dihutan atau di kebun2 milik bapak aku atau kebun milik kamu-kamu semua...



Ayuh kita saksikan mereka beraksi...

Tidak terkecuali..baik laki atau perempuan..pastinya perkara ini sudah banyak dilakukan oleh mereka...

sumber gambar: Friendster & Facebook

Before and After

by teuku@ceh | 5:36 PM in | comments (6)

Posted By : ChaeryL

Gambar-gambar tangan yang aku tayangkan dibawah ini adalah antara kecederaan yang aku alami sewaktu kemalangan baru-baru ini..sila lihat post lepas..Namun gambar yang ingin aku paparkan di bawah ini bukanlah untuk menurunkan nafsu makan korang tapi hanyalah sekadar sebuah perkongsian bersama..

Nasihat aku untuk korang semua..bawalah kenderaan dengan fizikal dan mental yang sempurna..kalau mengantuk sila berhenti di tepi jalan dan jangan sesekali berhenti di tengah jalan apetah lagi berhenti di lorong ketiga(lorong Laju) highway...bukannye ape..kalau kita memandu dalam keadaan mengantuk,,orang lain yang akan menjadi mangsanya..contohnya aku...bawa motor dengan sepenuh cermat tapi orang lain pulak yang melanggar...nak buat macam mane..dah takdir...

Papepon, aku nak korang sume layan gambar-gambar 18SX dibawah...


*Amaran Keras: Sila lihat gambar dibawah ini selepas makan...


beberapa jam setelah kemalangan
(Ada diantara dagingku tertinggal dijalan raya setelah tersagat)hihi


seminggu setelah kejadian
( time ni macam bebola daging pon ade "bakso")




dua hari sebelum raya(mase ni gatal giler )

Kini..selepas raya yang ke 8..
(Parut Kekal sebagai tanda ingatan tulus ikhlas)


gambar kiri: wanita curang
gambar kanan: suami sedang mengangkat kek kejutan ulangtahun..


Posted By : ChaeryL

KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

Posted By : ChaeryL

Tadi aku pegi shah alam...
Pastu aku beli pendrive...
Pendrive itu sangat comel (bagi akula)

Saksikan kecomelan dia berposing...




aku namakan dia Doremon...

Eidulfitri 2009 ...

by teuku@ceh | 6:50 PM in | comments (2)

Posted By : ChaeryL


Seronok dengan pertambahan ahli keluarga..

Aidilfitri Tahun 2009 ini merupakan tahun yang sangat bermakna buat kami sekeluarga kerana telah menerima pangkat masing-masing...

Ayahku secara rasminya telah dianugerahkan Gelaran Darjah Kebesaran (AMN) dari sultan selangor sempena hari kelahiran baginda yang secara langsung membawa gelaran "Datok" Hj. Nordin bin Hj Yatim..dan seperti biasanya jika suami telah mendapat pangkat "Datok" pastinya si Isteri akan mendapat gelaran Datin..Namun, ibuku dengan rasa rendah dirinya telah menolak gelaran Datin tersebut..Ibu hanya inginkan gelaran Nenek sahaja kerana beliau lebih selesa dengan gelaran tersebut...(Baca Boleh,,Pecaya Jangan,,Huhu..)

Aku pula secara rasminya telah mendapat pangkat baru yaitu "Uncle" atau dalam bahasa melayunya Pakcik.. Apapun Aidulfitri tahun 2009 ini merupakan tahun yang bahagia kerana Kami semua telah menerima ahli baru dalam keluarga kami...



Inilah Anak buahku yang telah
menganugerahkan kami dengan pangkat masing-masing..
cayaaaaanngg Haziq....


Posted By : ChaeryL

Alhamdulillah..Aku Masih Bernyawa..

by teuku@ceh | 11:13 AM in | comments (4)

Posted By : ChaeryL

Rutin harian aku selama pulang ke Malaysia ini akhirnya telah membawa padah kepada ku..
Setiap pagi sebelum subuh.. Usai menjamu hidangan sahur..aku akan keluar untuk mencari rezki ke serdang yaitu 45 kilometer @ 45 minit perjalanan menaiki motor..

Seperti biasa aku akan keluar dari rumah sebelum azan subuh berkumandang lagi...namun pagi semalam 10/09/09..nasib tidak menyebelahi aku..Aku yang menunggang motor Yamaha LC 135 telah menemui kecelakaan jalan raya ketika hendak pulang ke rumah ku di Banting, Selangor setelah selesai kerja di serdang...

Aku tak kisah badan ku patah2 atau luka2..namun yang aku kisahkan adalah motor yang aku naiki itu..Baru 5 bulan dia merasai nikmatnya jalan raya..namun sekarang nasibnya hanya mekanik tu yang dapat menentukan...aku sedih melihat dia berderai di atas jalanraya..

Untuk pengetahuan korang semua..saat ini,,detik ini, aku sedang menanggung kesakitan sambil menaip diatas keyboard ini dengan tabah dan hati yang redha..segala ujian yang datang kepadaku..aku harus kuat dan tabah menghadapinya..Namun aku cukup2 terkilan semalam petang..kerana terpaksa membiarkan mak membuka gerai di pasar ramadhan sendirian...aku sedih...sedih..sedih...

Posted By : ChaeryL

Biarpun "Kekasih Hatiku" yang terbaru ini warnanya agak hitam legam berbanding
"Kekasih Hatiku" yang lepas berkulit putih melepak...Namun aku tahu hati dia baik bahkan lebih murni berbanding yang lepas..

Dan tibalah masenya aku mengumumkan siapa dia "Kekasih Hatiku" yang telah berjaya menakluk hatiku...Beliau merupakan anak kepada En. Perodua..Beliau dilahirkan di sebuah kilang dan merupakan anak jati Selangor(eh..kilang perodua kat selangor ke??..selangor kot..lantakla..)

Sebenarnya banyak yang aku tak puas hati ngan Si Putih(Mantan Kekasih Hatiku) nie sila bace entry yg lepas..banyak perkara yang kalau boleh aku nak kongsikan ngan korang semua tapi aku tak sanggup nak aibkan mantan Kekasih Hatiku sendiri...tapi takpelah..yang dah lepas biarkan ia berlalu..jangan berdendam..Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam..tambahan lagi aku cube berpegang dengan ayat ini..

" Tolaklah Kejahatan dengan sebuah Kebaikan..Nescaya kamu akan dapati musuhmu akan menjadi seperti saudaramu.."

Baiklah teman-teman semua..dah sampai masenya aku kenalkan korang dengan "Kekasih Hatiku " yang baru ini...Oklah...selamat berkenalan ....


Nampak di kejauhan..Kekasih hatiku (Si Hitam)
sedang berehat di bawah pondok yang dulunya diduduki oleh
Mantan Kekasih Hatiku(Si Putih)



Nama penuh si Hitam ni adalah "MYVI SE"..
Telah diberikan nama sejak awal kelahirannya lagi...


Lamaran telah diterima...

by teuku@ceh | 11:34 PM in | comments (6)

Posted By : ChaeryL

Untuk pengetahuan teman-teman...
Lamaran ku telah diterima...
Insyaallah esok aku akan umumkan " Kekasih Hatiku" yang baru..
Beliau telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta untuk kesekian kalinya...
Alhamdulillah...aku telah ditemukan dengan yang lebih baik ..

Tribute "Kekasih Hatiku"

by teuku@ceh | 10:52 PM in | comments (8)

Posted By : ChaeryL

Hari ini dan saat ini aku masih lagi dalam kesedihan yang amat sangat..
Saat-saat aku menyerahkan "Kekasih Hatiku" kepada tuan barunya siang tadi masih lagi segar dalam ingatanku...

Aku terasa sangat bersalah...aku pasti sekiranya "Kekasih Hatiku" itu bisa bersuara dan menunjukkan emosinya , pastinya dia akan menangis dan akan merayu-merayu agar aku tidak melepaskannya...

Namun, segalanya harus dihadapi...life must go on....aku mesti kuat hadapi hari yang akan mendatang tanpa mu "Kekasih Hatiku"...



*Berikut merupakan antara saat-saat manis ketika aku masih bersamanya suatu masa dulu...

Bersama "kekasih hatiku" ini aku mulai mengenal erti bersosial


Berkonvoi bersama mu sambil aku duduk diatas riba mu
amat-amat mengasyikkan...

Bergambar bersama ahli kelab yang sejenis dengan mu yaitu kelab Saga Motorsport..



Hari terakhir bersamamu..sedih..sedih..sob..sob..tapi nape aku tengok gambar kat bawah ni macam ko tengah tersenyum...pelik..


Posted By : ChaeryL


wanita tersebut tiada kena mengena dengan cerita ini..beliau hanya lah model bagi "kekasih hatiku"...

Enam Belas tahun lamanya kita hidup bersama..
Akhirnya kita berpisah jua ..
Esok merupakan hari yang tidak sanggup untuk aku hadapi...
Kau akan berpindah tangan kepada orang lain yang lebih layak dariku...

Aku masih tertanya-tanya mengapa kau pergi meninggalkan diriku...
Akhirnya aku sedar bahwa kau bukan lagi milikku...
Kau sudah tidak mampu lagi menjaga kehendakku..
Kau sudah tidak mampu lagi menjaga kewanganku...
Kau sudah uzur...
Kau sudah tua...
Maintainance kau terlalu tinggi...
Kerap kali kau sakit sehinggakan wang aku banyak mengalir ke pomen-pomen dan workshop.....

Walaubagaimanapun buruknya keadaan dan sifat kau sekarang ini..
Aku tetap menghargai kehadiran kau dalam hidupku selama 16 tahun...
Kau akan tetap segar dalam ingatanku wahai " Kekasih Hatiku"...
Selamat Jalan "Kekasih Hatiku" Proton Iswara BEG 2169...
Kenangan bersamamu tetap utuh dalam lipatan memori ku...
Semoga kau berbahagia dengan pasangan barumu esok....

Posted By : ChaeryL

Salam Ramadhan buat sahabat semua..
Sekadar sebuah perkongsian, hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa...
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan mulia ini..
Namun jangan dilupakan juga...
Didalam kita sibuk melakukan ibadah-ibadah sunnat dan wajib, jangan dilupakan juga akan sebuah ibadah yang amat dinanti-nantikan oleh segelintir umat Islam kita yaitu mencari duit lebih dengan berniaga ketika bulan ramadhan..

Memang tidak dinafikan berniaga dibulan Ramadhan yang mulia merupakan sebuah bonus oleh segelintir peniaga-peniaga baik yang muslim maupun bukan muslim..
Aku yang agak mempunyai sedikit pengalaman berniaga ketika bulan ramadhan , pernah merasai keuntungan bersih sekitar 150 sehari..Alhamdulillah...

Oleh itu, kedatangan sekali lagi bulan ramadhan yang mulia ini..aku akan mencuba mengejar kedua-duanya perkara ini dengan sebaik mungkin...aku akan mencuba meningkatkan amal ibadah ku dan akan berniaga dengan sebaik mungkin Insya'Allah...

Baiklah...kepada peniaga-peniaga diluar sana aku ucapkan selamat berniaga dan cuba la kaut keuntungan sebaik mungkin didalam ibadah dan perniagaan masing-masing...
Selamat maju jaya...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

by teuku@ceh | 11:31 PM in | comments (1)

Posted By : ChaeryL

Marhaban Ya Ramadhan...


Setelah setahun berlalu, tidak lama lagi Ramadhan datang kembali mengubat kerinduan dihati setelah sekian lama ia melangkah pergi.

Sudahkah kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan?Persiapan mental dan fizikal kita agar setiap rahmat dibulan Ramadhan dapat dikutip semuanya walaupun hanya sedetik.

“Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

(HR Imam Bukhari)

Ayuh kita sama-sama mempersiapkan diri. Bukannya bermula di 1 Ramadan, tapi bermulanya di bulan Sya’ban. Agar bias berjuang di bulan berkah dengan kekuatan rohani dan jasmani yang luar biasa. Amatlah kecil perjuangan kita jika dibandingkan Rasullullah dan para sahabat suatu ketika dahulu. Di bulan Ramadan inilah banyak membuka ruang-ruang pintu buat umat Islam.

10 Ramadhan 8 Hijrah, Pembukaan Kota Makkah

Rasulullah keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah bagi membebaskannya dari Kemusyrikan. Usaha berhasil gemilang tanpa melalui peperangan.

17 Ramadhan 2Hijrah, Perang Badar

Perang yang membawa kemenangan besar buat umat Islam meskipun jumlah dan peralatan perang jauh daripada kemampuan pihak kuffar.

25 Ramadhan 658 Hijrah, Perang ain Jalut

Perang besar antara kaum muslimin dan Tartar yang berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

28 Ramadhan 92 Hijrah, Penaklukan Wilayah Andalus

Tariq bin Ziyad memimpin armada Islam berjumlah 7 ribu orang menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Pertolongan allah membantu tentera Islam yang kurang jumlahnya daripada tentera musuh.

5 Ramadhan terakhir

Khalid Al Walid memusnahkan patung al-uzza di Nakhla.

Ramadhan 459 Hijrah, Peperangan Zallaqah, Portugal

Tentera muslimin pimpinan Sultan Yusuf melawan tentera Kristian pimpinan al-fonso IV. Dalam masa yang singkat, Sultan Yusuf menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam.

15 Ramadhan 658 Hijrah, Tentera Islam mengalahkan tentera Monggol

Angkatan tentera Islam pimpinan Hulagu Khhan Berjaya mengalahkan tentera Monggol di ain Jalut.

15 Ramadhan 1294 Hijrah, Peperangan Yakhliz

Seramai 34 ribu anggota tentera Islam mengalahkan tentera Rusia yang berjumlah 740 ribu. Umat Islam Berjaya mempertahankan Islam yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Hebatnya generasi Islam terdahulu, hingga sampai kepada kita sekarang..Mengapa kita masih lagi beralasan untuk melakukan amalan ketika berpuasa? Sesungguhnya puasa itulah yang mmberi kekuatan buat kita, jika kita benar-benar menghayatinya…

Ayuh kita beramal… “Berburu pahala ketika Ramadhan..”











Posted By : ChaeryL

Posted By : ChaeryL

Malam nie aku akan bertolak ke Permatang Pasir sempena penamaan calon pilihanraya kecil disana...Aku akan bertugas disana selama 3 hari sebagai mewakili Pas Kawasan Selangor ...Semoga usaha ini dapat mengekalkan DUN 11 Permatang Pasir kekal exist ditangan Pakatan Rakyat...
ok la.. nak bersiap-siap nih...Assalamualaikum....doakan selamat ok...













Posted By : ChaeryL

Posted By : ChaeryL







Video Klip Lagu Jika Engkau Pergi Imran Ajmain, sebuah video yang kreatif, mengaplikasi slide beberapa gambar individu yang memegang ‘jantung’. Juga warna merah melambangkan warna hati yang berani.

Suka dengan bait ini:

, bulan dan bintang tetap masih di langit
, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diriku… ku janji ku takkan merinduimu..

Ayat terakhir itu saja sudah cukup untuk membuatkan lagu ini punya klimaks dan impak yang bukan sedikit.


Verse 1

Bermulanya semua hanya dengan rasa
ada saja yang tak kena
Rupanya kau berkasih
Menyingkir setia
Sandiwara penuh dusta

Prechorus 1

Kini ku beri satu amaran
Jangan nanti jadi cabaran
Aku ingin kau memadam kenangan
Menjadi mimpi berterbangan

Chorus

, bulan dan bintang tetap masih di langit
, air mengalir takkan berhenti
Jangan khuatir tentang diri ku
Ku janji takkan merindui mu

Verse 2

Bermusim resah hadir membelai
Menyentuh hati kecewa
Janji sehidup semati
Tinggal tiada lagi
Impian hancur depan mata

Prechorus 2

Semakin terungkap kepastian
Biarlah ku rela melepaskan
Pada mu cinta cuma lah mainan
Sekadar untuk senda bersama

Ulang Chorus

Bridge

Puas sudah ku berikan engkau segalanya
Jalan cerita pun nyata akan berubah



P/S: Setiap perbuatan yang kita lakukan..pasti ada pembalasan...ingatlah...Allah itu Maha Adil...Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar...

AK 306 (Banda Aceh - Kuala Lumpur)

by teuku@ceh | 2:28 PM in | comments (4)

Posted By : ChaeryL

Besok aku balik Malaysia..


Menunggang "pisang laut"@ Banana boat memang
amat-amat mengasyikkan..haha..


saat yang paling best adalah bila "pisang laut" terbalik..
x caya cube try test..best giler beb...


Muka aku dah habis terbakar dek seharian di pantai Bali..
eh silap..pantai lampuuk di Aceh...

tarik lelaju bang..baru adventure...


sayang sekali gambar nie diambil oleh
camera yang bermega piksel rendah..


Bersama teman-teman dari
Malaysia dan Indonesia

Aku sangat teruja dek keindahan ciptaan Allah

Kebiruan air laut yang sangat menawan hati aku


Rehat dulu di wakaf


single present tense


makan ikan bakar sehingga ke
cebisan daging yang terakhir..haha..


pastu order satu lagi ikan bakar..huhuhu


muka yang penuh nafsu makan


teruskan makan...jangan cepat mengalah...
habiskan..pasni order lagi ..haha..


*nota kaki: Itulah sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang aku sempat jalani selepas
tamat pengkuliahan aku di Indonesia ...memang rugi kalau dok negara orang tapi tak merayau-merayau ke kawasan menarik yang ada di negara mereka ...
Jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengalaman...


Happy To Leaving Malaysia

top blogs

Topblogs @ iLuvislam

About Me

My photo
banda aceh, aceh, Indonesia
Aku seorang yang panas baran, kaki pukul,ahli geng tarik kereta,suka maki orang, suka tampar orang, suka buat orang lain susah dan pnah skali bunuh orang...

Followers

Borak2


ShoutMix chat widget

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh

Blog Alumni Sekolah Menengah Islam Puchong

Nasib Seorang Blogger