sekadar sebuah perkongsian .......



Posted By : ChaeryL


Sejak akhir-akhir ini semakin ramai dilihat melakukan aksi yang agak membahayakan ketika bergambar...namun jika diperhatikan kebanyakan dari aksi tersebut sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh segelintir makhluk berbulu lebat yang kebiasaannya terdapat dihutan atau di kebun2 milik bapak aku atau kebun milik kamu-kamu semua...



Ayuh kita saksikan mereka beraksi...

Tidak terkecuali..baik laki atau perempuan..pastinya perkara ini sudah banyak dilakukan oleh mereka...

sumber gambar: Friendster & Facebook

Before and After

by teuku@ceh | 5:36 PM in | comments (6)

Posted By : ChaeryL

Gambar-gambar tangan yang aku tayangkan dibawah ini adalah antara kecederaan yang aku alami sewaktu kemalangan baru-baru ini..sila lihat post lepas..Namun gambar yang ingin aku paparkan di bawah ini bukanlah untuk menurunkan nafsu makan korang tapi hanyalah sekadar sebuah perkongsian bersama..

Nasihat aku untuk korang semua..bawalah kenderaan dengan fizikal dan mental yang sempurna..kalau mengantuk sila berhenti di tepi jalan dan jangan sesekali berhenti di tengah jalan apetah lagi berhenti di lorong ketiga(lorong Laju) highway...bukannye ape..kalau kita memandu dalam keadaan mengantuk,,orang lain yang akan menjadi mangsanya..contohnya aku...bawa motor dengan sepenuh cermat tapi orang lain pulak yang melanggar...nak buat macam mane..dah takdir...

Papepon, aku nak korang sume layan gambar-gambar 18SX dibawah...


*Amaran Keras: Sila lihat gambar dibawah ini selepas makan...


beberapa jam setelah kemalangan
(Ada diantara dagingku tertinggal dijalan raya setelah tersagat)hihi


seminggu setelah kejadian
( time ni macam bebola daging pon ade "bakso")




dua hari sebelum raya(mase ni gatal giler )

Kini..selepas raya yang ke 8..
(Parut Kekal sebagai tanda ingatan tulus ikhlas)


gambar kiri: wanita curang
gambar kanan: suami sedang mengangkat kek kejutan ulangtahun..


Posted By : ChaeryL

KANGAR: “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Suami berusia 31 tahun dari Sungai Petani, Kedah, itu berkata, dia melihat dengan jelas kecurangan isterinya bersama seorang lelaki bukan Islam ketika pegawai pencegah maksiat Perlis melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

Katanya, kelmarin, genap usia isterinya yang ke-31 tahun dan dia bercadang membuat kejutan untuk meraikan sambutan bersama dengan membeli kek krim buah dan sejambak bunga tanpa pengetahuan isteri.

“Selepas membeli kek dan bunga, saya pulang ke rumah di Sungai Layar, Sungai Petani. Apabila tiba berhampiran pekarangan rumah, saya melihat kelibat isteri masuk dalam sebuah kereta dan memandu seorang diri.

“Disebabkan berasa tidak sedap hati, saya terus mengekori isteri dan rupa-rupanya dia memandu sampai ke sebuah hotel di Kangar,” katanya ketika ditemui di sini.

Wanita terbabit ditahan ketika sedang berdua-duaan dengan seorang lelaki Cina dalam sebuah bilik hotel oleh sepasukan empat anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) jam 5.30 pagi.

Wanita yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Sungai Petani itu, sanggup memandu kenderaan sejauh 80 kilometer untuk melakukan maksiat bagi meraikan ulang tahunnya bersama lelaki berusia awal 30-an dari Perlis itu.

Suami terbabit yang bertugas sebagai juruteknik kanan di sebuah kilang di Sungai Petani berkata, dia terserempak dengan anggota Jaips yang melakukan serbuan di bilik hotel terbabit.

“Saya kaku sebentar melihat kelibat isteri bersama lelaki lain dalam bilik hotel itu. Kami mempunyai dua anak perempuan berusia dua dan enam tahun hasil perkongsian hidup sejak lapan tahun lalu,” katanya sambil menunjukkan kek buah bernilai RM35 yang dibelinya untuk isteri kepada petugas media di sini.

Dia berkata, khabar angin yang didengarnya sebelum ini berhubung kecurangan isterinya yang mempunyai empat telefon bimbit ternyata benar.

“Saya mengakui sudah pasrah dengan kejadian itu dan selepas ini, tumpuan saya hanya kepada dua anak perempuan. Saya akan memberi didikan agama sempurna kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaips, Abdul Malik Hussin, mengesahkan penahanan wanita dari Sungai Petani itu bersama lelaki bukan mahram dalam sebuah bilik hotel, bagaimanapun lelaki berkenaan dibebaskan kerana bukan Islam.

“Hasil maklumat awam, empat anggota Jaips bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu bilik hotel sebelum dibuka seorang wanita dan hasil pemeriksaan kami menemui seorang lelaki bukan Islam di atas katil.

“Wanita yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Sungai Petani memberi alasan kononnya sedang mengadakan perbincangan perniagaan dengan lelaki berkenaan ketika serbuan jam 5.30 pagi,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selepas mengambil keterangan, wanita itu dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 yang dibayar seorang penjamin kira-kira jam 12 tengah hari dan kes akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah, Rabu ini,” katanya.

Posted By : ChaeryL

Tadi aku pegi shah alam...
Pastu aku beli pendrive...
Pendrive itu sangat comel (bagi akula)

Saksikan kecomelan dia berposing...




aku namakan dia Doremon...

Eidulfitri 2009 ...

by teuku@ceh | 6:50 PM in | comments (2)

Posted By : ChaeryL


Seronok dengan pertambahan ahli keluarga..

Aidilfitri Tahun 2009 ini merupakan tahun yang sangat bermakna buat kami sekeluarga kerana telah menerima pangkat masing-masing...

Ayahku secara rasminya telah dianugerahkan Gelaran Darjah Kebesaran (AMN) dari sultan selangor sempena hari kelahiran baginda yang secara langsung membawa gelaran "Datok" Hj. Nordin bin Hj Yatim..dan seperti biasanya jika suami telah mendapat pangkat "Datok" pastinya si Isteri akan mendapat gelaran Datin..Namun, ibuku dengan rasa rendah dirinya telah menolak gelaran Datin tersebut..Ibu hanya inginkan gelaran Nenek sahaja kerana beliau lebih selesa dengan gelaran tersebut...(Baca Boleh,,Pecaya Jangan,,Huhu..)

Aku pula secara rasminya telah mendapat pangkat baru yaitu "Uncle" atau dalam bahasa melayunya Pakcik.. Apapun Aidulfitri tahun 2009 ini merupakan tahun yang bahagia kerana Kami semua telah menerima ahli baru dalam keluarga kami...



Inilah Anak buahku yang telah
menganugerahkan kami dengan pangkat masing-masing..
cayaaaaanngg Haziq....


Posted By : ChaeryL

Alhamdulillah..Aku Masih Bernyawa..

by teuku@ceh | 11:13 AM in | comments (4)

Posted By : ChaeryL

Rutin harian aku selama pulang ke Malaysia ini akhirnya telah membawa padah kepada ku..
Setiap pagi sebelum subuh.. Usai menjamu hidangan sahur..aku akan keluar untuk mencari rezki ke serdang yaitu 45 kilometer @ 45 minit perjalanan menaiki motor..

Seperti biasa aku akan keluar dari rumah sebelum azan subuh berkumandang lagi...namun pagi semalam 10/09/09..nasib tidak menyebelahi aku..Aku yang menunggang motor Yamaha LC 135 telah menemui kecelakaan jalan raya ketika hendak pulang ke rumah ku di Banting, Selangor setelah selesai kerja di serdang...

Aku tak kisah badan ku patah2 atau luka2..namun yang aku kisahkan adalah motor yang aku naiki itu..Baru 5 bulan dia merasai nikmatnya jalan raya..namun sekarang nasibnya hanya mekanik tu yang dapat menentukan...aku sedih melihat dia berderai di atas jalanraya..

Untuk pengetahuan korang semua..saat ini,,detik ini, aku sedang menanggung kesakitan sambil menaip diatas keyboard ini dengan tabah dan hati yang redha..segala ujian yang datang kepadaku..aku harus kuat dan tabah menghadapinya..Namun aku cukup2 terkilan semalam petang..kerana terpaksa membiarkan mak membuka gerai di pasar ramadhan sendirian...aku sedih...sedih..sedih...

Ini Dia "Kekasih Hatiku" Yang Baru...

by teuku@ceh | 3:27 PM in | comments (9)

Posted By : ChaeryL

Biarpun "Kekasih Hatiku" yang terbaru ini warnanya agak hitam legam berbanding
"Kekasih Hatiku" yang lepas berkulit putih melepak...Namun aku tahu hati dia baik bahkan lebih murni berbanding yang lepas..

Dan tibalah masenya aku mengumumkan siapa dia "Kekasih Hatiku" yang telah berjaya menakluk hatiku...Beliau merupakan anak kepada En. Perodua..Beliau dilahirkan di sebuah kilang dan merupakan anak jati Selangor(eh..kilang perodua kat selangor ke??..selangor kot..lantakla..)

Sebenarnya banyak yang aku tak puas hati ngan Si Putih(Mantan Kekasih Hatiku) nie sila bace entry yg lepas..banyak perkara yang kalau boleh aku nak kongsikan ngan korang semua tapi aku tak sanggup nak aibkan mantan Kekasih Hatiku sendiri...tapi takpelah..yang dah lepas biarkan ia berlalu..jangan berdendam..Hidup ini terlalu singkat untuk berdendam..tambahan lagi aku cube berpegang dengan ayat ini..

" Tolaklah Kejahatan dengan sebuah Kebaikan..Nescaya kamu akan dapati musuhmu akan menjadi seperti saudaramu.."

Baiklah teman-teman semua..dah sampai masenya aku kenalkan korang dengan "Kekasih Hatiku " yang baru ini...Oklah...selamat berkenalan ....


Nampak di kejauhan..Kekasih hatiku (Si Hitam)
sedang berehat di bawah pondok yang dulunya diduduki oleh
Mantan Kekasih Hatiku(Si Putih)



Nama penuh si Hitam ni adalah "MYVI SE"..
Telah diberikan nama sejak awal kelahirannya lagi...


Happy To Leaving Malaysia

top blogs

Topblogs @ iLuvislam

About Me

My photo
banda aceh, aceh, Indonesia
Aku seorang yang panas baran, kaki pukul,ahli geng tarik kereta,suka maki orang, suka tampar orang, suka buat orang lain susah dan pnah skali bunuh orang...

Followers

Borak2


ShoutMix chat widget

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh

Blog Alumni Sekolah Menengah Islam Puchong

Nasib Seorang Blogger