sekadar sebuah perkongsian .......

Hepi Besday For Me

by teuku@ceh | 9:07 AM in | comments (6)

posted by : ChaeryL


aku lupa ari ni besday aku yang ke 23...
haha..patutla ade org wish aku hepi besday...
thanks alot and lot and lot to my family n my fren yg wish my besday....
ade jugak yg ingat kat aku ek...



diusia 2 tahun



diriku diawal usia 23tahun



maybe macam ni muka aku utk 40 tahun lagi...


walau bagaimanapun skali diriku dan wajahku untuk 20 atau 30 tahun lagi...
cume satu je harapan aku...
yaitu supaya aku dapat mati dalam keadaan beriman dan bertaqwa serta sempat "menaubatkan" diriku atas dosa-dosa yang terlalu banyak pnah aku lakukan...
sebagai hadiah besday untuk aku, aku nak minta korang doakan aku supaya dapat mati syahid ye kawan2... syukran....

posted by : Chaeryl

Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian :


Alhamdulillah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia-Indonesia Cawangan Aceh (PKPMI-CA) sesi 2009/2010 melalui Biro Informasi & Hubungan Luar yang dipengerusikan oleh Al-Akh Mohd Zaim Irsyad bin Zainal Abidin telah berjaya membina sebuah laman web PKPMI-CA dalam rangka menyampaikan informasi-informasi kemahasiswaaan, pengajian, akademik dan sebagainya.


Sahabat-sahabat bisa melayarinya di http://pkpmi-ca.blogspot.com/ . Sebarang pandangan atau cadangan bagi penambahbaikan laman ini, bolehlah disalurkan diruangan komentarnya atau terus menghubungi pengerusi biro ini ditalian : 085834188388.


Untuk makluman kepada umum :


1) Bagi sesiapa sahaja yang ingin mengetahui perkara yang berkaitan dengan pengajian di IAIN Ar-Raniry, Nanggroe Aceh Darussalam, anda boleh menghubungi pihak persatuan melalui YDP PKPMI-CA 09/10 , Al-Akh Mohammad Azzar bin Ismail ditalian : 087890305903 atau Tim.YDP II(Peng.Helwani), Al-Ukht Nurul Najwa bt Mohammad : 085834186397 atau bisa melalui Biro Informasi & Hubungan Luar.


2) Bagi sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melakukan kunjungan ke Aceh melalui apa sahaja program-program yang dianjurkan dan sebagainya, maka pihak PKPMI-CA bersedia memberikan bantuan seadanya, InsyaAllah. Anda boleh terus menghubungi Pengerusi Biro Rehlah & Sambutan, Al-Akh Azrul Aminor Rasyid bin Ramli ditalian : 087890302402.


Catatan : Alhamdulillah, sehingga kini jumlah mahasiswa Malaysia di Aceh iaitu di IAIN Ar-Raniry adalah 140 orang. Mereka terdiri dari bekas pelajar KIAS, Kelantan ( 117 orang Muslimin & Muslimat ), Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar, Perak ( 10 orang Muslimin sahaja ) dan selebihnya dari Ma’ahad Ibtida’iyah, Kedah.


Pelajar dari KIAS hadir tanggal 25 Ogos 2008 dan terus ke tahun 4 (akhir), pelajar Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar hadir seminggu lebih awal dari pelajar KIAS dan mereka adalah lepasan SPM yang memulai pengajian di tahun pertama di IAIN dan pelajar dari Ma’ahad Ibtida’yah, Kedah juga ke tahun pertama dan hadir disini sekitar tahun 2006 ( generasi pertama selepas Tsunami ).


Makluman terkini yang kami (pihak persatuan) terima, InsyaAllah kami akan menerima kehadiran mahasiswa baru dari pelbagai IPT di Malaysia seawal tarikh 20 Julai ini iaitu dari Taman Pengajian Islam, Kemaman, Terengganu, Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar, Perak dan UNITI, Negeri Sembilan. Bagi pelajar-pelajar dari Kemaman dan Malim Nawar, mereka akan memulai pengajian di tahun pertama. Kehadiran berikutnya akan bermula pada bulan Ogos nanti dari pelbagai pusat pengajian yang akan kami informkan kemudian. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kami ucapkan.


Sekian terima kasih.

sumber : suara anak muda

ayah..hepi father's day

by teuku@ceh | 10:46 AM in | comments (2)


terlalu banyak jasa mu belum ku balas


Selamat hari bapa kepada Hj. Nordin Bin Hj. Yatim merangkap ayah kesayanganku...ketegasanmu membuatkan aku semakin menghargaimu...

trima kasih ayah...semoga hidupmu sentiasa dalam keredhaan Allah...aku sangat2 menyayangi dan merindui mu...


my romantic parent

Semoga ayah dan mak hidup bahagia di kampung...nantikan kepulangan anakandamu bulan lapan ini...x sabar rasanya ingin merasai pelukan dari kedua tubuh insan yang amat aku rindui ini..

Semoga ayah dan mak bertambah iman dan taqwa serta dimurahkan rezki...amin...


malam yang indah

by teuku@ceh | 12:38 AM in | comments (2)

posted by : Chaeryl

"...Pehhh....Banyaknye buku-buku rujukan....." hanya kata-kata itu lah yang mampu aku ucapkan bila terlihat buku2 yang lagi ngantri (beratur) menanti dengan penuh kaku dan telah sedia merelakan dirinya untuk dibelek-belek oleh aku sebagai bahan asingment aku yang melambak nie.....

Banyak sangat asimen yang mesti disettelkan malam nie...mungkin malam ni aku akan ditemani oleh makhluk2 hitam bermuncung tirus yang senantiasa mencari peluang untuk menghisap darahku yang manis nie...maybe sampai subuh aku akan truskan perjuangan menyiapkan asimen yang mendadak banyak nie( x tangguh ek..cume memang masa yang diberi terlalu singkat ditambah lagi asimen lain yg sangat banyak)

Baiklah...sebelum aku memulakan perjuangan malam nie, aku nak ucapkan trima kasih kepada Pak Siddiq aka Dosen ku yang telah menyumbangkan asimen-asimen ini....gud luck Pak Siddiq....may Allah bless u....

posted by: Chaeryl


Terlalu banyak istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahwa tenaga elektrik itu terputus. Berikut merupakan hasil kaji selidik berkenaan penggunaan istilah tenaga elektrik terputus mengikut bahasa daerah masing-masing:-

1. Orang Indonesia menggelarkan kejadian ini sebagai: Mati Lampu…
2. Orang Kelantan menggelarkan kejadian ini sebagai : Mapuh api…
3. Orang Kuala Lumpur menggelarkan fenomena ini sebagai : Black out…
4. Orang Selangor menggelarkan fenomena ini sebagai : Takde Letrik…
5. Orang pahang menggelarkan fenomena ini sebagai : Letrik Takde…
6. Dan sebagainya…..

Biarpun pelbagai Istilah yang digunakan untuk menggelarkan fenomena ini banyak yang berbeza, namun semua istilah itu memberikan satu makna yang sama...kalau malam, akan menjadikan rumah, kedai dan sebagainya menjadi gelap gelita atau dalam bahasa kelantannya gelap gelemat…

Dan kalau siang pula, akan menjadikan segelintir orang mencari surat khabar atau buku kemudian mengipas-ngipaskan buku tersebut kearah badan masing2 dengan harapan kipasan tersebut berupaya menyejukkan badan yang semakin banyak merembeskan peluh akibat dari kipas letrik yang tidak berfungsi …

Dan dalam kes aku plak skrang ni adalah..kejadian mati lampu,mapuh api,black out,takde letrik dan sebagainya kerap kali berlaku di kawasan teratak rumah sewa ku yang dinamakan Blang Krueng,dalam kecamatan Aceh Darussalam ..Purata kejadian letrik putus di kawasan penempatan aku ni adalah 3 kali dalam satu hari..dan hari ini rabu(17/06/2009) mencatatkan kejadian paling tinggi yaitu 4 kali letrik terputus dalam sehari..

Cuba bayangkan tiap-tiap hari pasti akan berlaku fenomena mati lampu @ singkatannya MALAM (MA:mati) (LAM: lampu)…pasti tidak akan sah sekiranya sehari tanpa kejadian MALAM ini...pernah juga berlaku seminggu tanpa terjadinya fenomena MALAM ini dan ini merupakan satu sejarah kerana amat-amat sukar untuk kami jumpai seminggu tanpa kejadian MALAM ini…hampir saja kami ingin mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran..huhu..

Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila asimen atau keje kursus
yang sedang di taip tidak sempat di “Control Save” kan lantas menjadikan segelintir teman-teman yang tidak sempat “mensavekan” bahan yang telah ditaip dalam Microsoft word tersebut hilang kekal , justeru menjadikan segelintir dari kami agak sedikit hysteria akibat dari kebiadapan arus Letrik yang pergi tanpa meminta izin ..

Memang pelik tapi benar.. sumber dari penduduk kampung Blang Krueng ini mengatakan bahwa kejadian MALAM yang kerap berlaku ini adalah disebabkan oleh style atau langkah pemerintah dalam mengajar atau memberi hukuman kepada penduduk yang tidak membayar Bil letrik supaya membayar bil letrik yang tertunggak…

Aku menganggap pihak berkuasa di sini menggunakan konsep “Bala” yaitu sepertimana Bala yang Allah turunkan itu tidak mengenal siapakah individu tersebut..baik yang beriman atau pun tidak, semua tidak terkecuali…pasti akan terkena bala tersebut…begitu juga dalam kes kami ini, walaupun rumah aku dan rakan-rakan tak pernah sekalipun miss bayar Bil letrik, namun atas sebab segelintir pnduduk tegar yang agak liat untuk menjelaskan bil yang tertunggak ,telah menyebabkan aku dan rakan-rakan terkena bala buatan pemerintah Indonesia yaitu fenomena MALAM ini..

Walaubagaimanapun, aku tetap redha dengan ujian yang menimpa aku dan rakan-rakan ..dugaan dalam mencari ilmu…biasa la tue…Allah hanya mendatangkan ujian kepada hambanya setaraf dengan kemampuan hamba tersebut…

Wallahua’alam…..

post kedua

by teuku@ceh | 9:44 AM in | comments (0)

posted by: Chaeryl

assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat,teman-teman dan juga pakcik makcik yang sudi menjenguk2 ke blog yg masih dalam pembinaan ni..

cuaca pagi nie sangat-sangat tenang, damai dan redup lantas menyebabkan tangan ini terasa gatal untuk menge"post" kan beberapa kata-kata yang sememangnya tidak seindah pagi yang sangat-sangat indah ini..

huhu...sebenarnya banyak lagi asimen untuk disiapkan...tapi atas dasar keboringan yang amat sangat, maka asimen yang amat-amat penting dan urgent tersebut terpaksa jatuh ke tangga ke dua dalam carta diary aku hari ini lantas menjadikan posting blog "Jalan Itu Masih Jauh " naik ke carta pertama dalam dairi aku hari ini ...

emmm...actually xde pape nak disampaikan dalam post kali ni sebenarnya...cuma yang aku nk kongsikan ari ni adalah yang pertama sekali, aku amat2 gembira pagi nie disebabkan my pebret tim, yaitu red giant fc (selangor) telah mengekalkan kedudukannya di tangga pertama setelah berjaya mengalahkan pasukan perak malam tadi...xpelah...bairpun menang tipis satu berbalas kosong...tapi orang kampung cakap, menang tetap menang biarpun tipis...yg penting title menang tu dapat diperolehi...huhu...

perkara kedua pula yang perlu disampaikan adalah , hari ni merupakan hari dimana keberangkatan my future father in law ke Bangkok atas sebab tugasan beliau selama dua tahun disana...sedih juga hati ni sebab pertama , x dapat nak hantar beliau ke airport ..sebab kedua plak, sape nak jadi wali nnti time anak beliau dinikahkan kepada ku???...huhu..mengarut la aku ni...bukannye jauh pun Bangkok tu...lagi2 beliau tu Pilot...so anytime blh balik malaysia...

kepada pakcik Abdullah Sapian, semoga pemergian pakcik ke sana diredhai dan di berkati Allah s.w.t. dan semoga rezki yang diberi oleh Allah itu diberkati Allah s.w.t. ....your future son di Aceh ini mendoakan semoga pakcik dapat pulang ke Malaysia tika mana kami ingin akad nikah nanti...

kalam pembuka bicara

by teuku@ceh | 8:00 PM in | comments (0)

assalamualaikum pembuka bicara...
akhirnya siap juga blog ni untuk dicoret ...
diharapkan coretan dari tangan dan jari jemari ini
serta tidak ketinggalan otak kiri dan kanan
yang bersama-sama menjayakan coretan
yang bakal di "launchingkan" nanti
akan dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja
yang rasa isi coretan blog ini bermanfaat...


wabillahi taufiq wal hidayah ....
wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Happy To Leaving Malaysia

top blogs

Topblogs @ iLuvislam

About Me

My photo
banda aceh, aceh, Indonesia
Aku seorang yang panas baran, kaki pukul,ahli geng tarik kereta,suka maki orang, suka tampar orang, suka buat orang lain susah dan pnah skali bunuh orang...

Followers

Borak2


ShoutMix chat widget

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh

Blog Alumni Sekolah Menengah Islam Puchong

Nasib Seorang Blogger