sekadar sebuah perkongsian .......

mati lampu=mapuh api=black out=takde letrik

by teuku@ceh | 2:11 AM in |

posted by: Chaeryl


Terlalu banyak istilah yang digunakan untuk menunjukkan bahwa tenaga elektrik itu terputus. Berikut merupakan hasil kaji selidik berkenaan penggunaan istilah tenaga elektrik terputus mengikut bahasa daerah masing-masing:-

1. Orang Indonesia menggelarkan kejadian ini sebagai: Mati Lampu…
2. Orang Kelantan menggelarkan kejadian ini sebagai : Mapuh api…
3. Orang Kuala Lumpur menggelarkan fenomena ini sebagai : Black out…
4. Orang Selangor menggelarkan fenomena ini sebagai : Takde Letrik…
5. Orang pahang menggelarkan fenomena ini sebagai : Letrik Takde…
6. Dan sebagainya…..

Biarpun pelbagai Istilah yang digunakan untuk menggelarkan fenomena ini banyak yang berbeza, namun semua istilah itu memberikan satu makna yang sama...kalau malam, akan menjadikan rumah, kedai dan sebagainya menjadi gelap gelita atau dalam bahasa kelantannya gelap gelemat…

Dan kalau siang pula, akan menjadikan segelintir orang mencari surat khabar atau buku kemudian mengipas-ngipaskan buku tersebut kearah badan masing2 dengan harapan kipasan tersebut berupaya menyejukkan badan yang semakin banyak merembeskan peluh akibat dari kipas letrik yang tidak berfungsi …

Dan dalam kes aku plak skrang ni adalah..kejadian mati lampu,mapuh api,black out,takde letrik dan sebagainya kerap kali berlaku di kawasan teratak rumah sewa ku yang dinamakan Blang Krueng,dalam kecamatan Aceh Darussalam ..Purata kejadian letrik putus di kawasan penempatan aku ni adalah 3 kali dalam satu hari..dan hari ini rabu(17/06/2009) mencatatkan kejadian paling tinggi yaitu 4 kali letrik terputus dalam sehari..

Cuba bayangkan tiap-tiap hari pasti akan berlaku fenomena mati lampu @ singkatannya MALAM (MA:mati) (LAM: lampu)…pasti tidak akan sah sekiranya sehari tanpa kejadian MALAM ini...pernah juga berlaku seminggu tanpa terjadinya fenomena MALAM ini dan ini merupakan satu sejarah kerana amat-amat sukar untuk kami jumpai seminggu tanpa kejadian MALAM ini…hampir saja kami ingin mengadakan kenduri doa selamat dan kesyukuran..huhu..

Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila asimen atau keje kursus
yang sedang di taip tidak sempat di “Control Save” kan lantas menjadikan segelintir teman-teman yang tidak sempat “mensavekan” bahan yang telah ditaip dalam Microsoft word tersebut hilang kekal , justeru menjadikan segelintir dari kami agak sedikit hysteria akibat dari kebiadapan arus Letrik yang pergi tanpa meminta izin ..

Memang pelik tapi benar.. sumber dari penduduk kampung Blang Krueng ini mengatakan bahwa kejadian MALAM yang kerap berlaku ini adalah disebabkan oleh style atau langkah pemerintah dalam mengajar atau memberi hukuman kepada penduduk yang tidak membayar Bil letrik supaya membayar bil letrik yang tertunggak…

Aku menganggap pihak berkuasa di sini menggunakan konsep “Bala” yaitu sepertimana Bala yang Allah turunkan itu tidak mengenal siapakah individu tersebut..baik yang beriman atau pun tidak, semua tidak terkecuali…pasti akan terkena bala tersebut…begitu juga dalam kes kami ini, walaupun rumah aku dan rakan-rakan tak pernah sekalipun miss bayar Bil letrik, namun atas sebab segelintir pnduduk tegar yang agak liat untuk menjelaskan bil yang tertunggak ,telah menyebabkan aku dan rakan-rakan terkena bala buatan pemerintah Indonesia yaitu fenomena MALAM ini..

Walaubagaimanapun, aku tetap redha dengan ujian yang menimpa aku dan rakan-rakan ..dugaan dalam mencari ilmu…biasa la tue…Allah hanya mendatangkan ujian kepada hambanya setaraf dengan kemampuan hamba tersebut…

Wallahua’alam…..

2 comments:

  1. Dik Intanz'9 on June 20, 2009 at 1:32 AM

    bukan gelap gelemat 2 kedah ka???erm...klate?cam len ja..hu

     
  2. teuku@ceh on June 20, 2009 at 9:28 PM

    haha..x taw lak klu kedah pun pakai gelap gelemat jugak...tapi sepanjang aku kat klantan tu...perkataan gelemat tu la yg aku pnah dgr wahai cik salamesrabadiey :)

     

Happy To Leaving Malaysia

top blogs

Topblogs @ iLuvislam

About Me

My photo
banda aceh, aceh, Indonesia
Aku seorang yang panas baran, kaki pukul,ahli geng tarik kereta,suka maki orang, suka tampar orang, suka buat orang lain susah dan pnah skali bunuh orang...

Followers

Borak2


ShoutMix chat widget

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Aceh

Blog Alumni Sekolah Menengah Islam Puchong

Nasib Seorang Blogger